Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... syukur atas kesempatan masa yang dikurniakan Allah s.w.t. untuk saya menulis lagi di sini. Hari ini saya ingin memperkatakan tentang persepsi atau pandangan kita tentang takdir... Salah satu Rukun Iman yang wajib kita beriman padanya adalah PERCAYA PADA QADHA' & QADAR ALLAH S.W.T.... Ini juga mensabitkan supaya kita redha dengan setiap takdir atau ketentuan yang telah Allah s.w.t. tentukan untuk kita.
Ketentuan-ketentuan tersebut termasuklah dari sudut umur... ajal maut... rezki... jodoh... dan banyak lagi lah... Semuanya memang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t.... DIA MAHA MENGETAHUI segala-galanya tentang kita dan tentang semua makhlukNya... Kita sendiri tidak mengetahui apakah ketentuan yang telah Allah s.w.t. tentukan untuk kita.... kita tak tahu berapa tahun umur kita... bila detiknya ajal maut kita.... dari sumber mana rezki kita... atau miskin kayanya hidup kita di dunia ini.... siapa jodoh kita dan bila tiba masanya kita bertemu dengannya.... semua kita tak tahu...
Persoalannya adakah kita menunggu ketentuan Allah s.w.t. itu berlaku.... dan redha begitu sahaja.... Kalau YA... Kita adalah seorang yang RUGI... Kenapa saya kata rugi? Jawapannya mudah sahaja kerana kita tak berdoa dan berusaha... Seorang yang MISKIN mengatakan bahawa sudah takdir hidupnya MISKIN... dan dia terima KEMISKINANnya itu sehingga akhir hayatnya dengan redha... SANGAT RUGInya dia.... kerana semasa hidup di dunia.... selain KETENTUAN sebenarnya Allah s.w.t. memberi kita PILIHAN...
Seorang yang hidup MISKIN sebenarnya boleh keluar daripada KEMISKINANnya jika dia pilih untuk KAYA kerana Allah s.w.t. MAHA BERKUASA untuk mengubah apa yang telah ditakdirkanNya untuk kita... Allah s.w.t. itu MAHA MENDENGAR doa hambaNya... Allah s.w.t. juga MAHA MELIHAT apa yang dilakukan oleh hambaNya untuk mengubah dirinya... dan Allah s.w.t. itu juga MAHA PENGASIH lagi MAHA PEMURAH...
Jika kita berdoa dan tidak putus asa berikhtiar untuk menjadi KAYA.... pasti kita boleh KAYA... Tapi INGAT.... untuk apa kita KAYA?.... Jawapannya... seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini KENAPA UMAT ISLAM MESTI KAYA? Betulkanlah niat kita... Kehidupan ini adalah sementara... akhirat jua lah yang kekal abadi.... Sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Saidina Abu Bakar r.a. adalah seorang usahawan dan hartawan... tetapi beliau juga seorang dermawan... Contohilah seperti beliau... kita ingin KAYA kerana hendak mengikut jejak langkah sahabat baik Nabi.
Pada pandangan saya... menjadi KAYA juga adalah satu DAKWAH... Jika kita lihat seorang ISLAM yang kaya berpenampilan hebat... mempunyai rumah yang gah.... memiliki kenderaan yang mewah... dan berkemampuan memenuhi semua kemahuannya... pasti secara langsung orang bukan islam akan melihat bahawa ISLAM juga hebat kerana mampu sampai ke taraf tersebut... Maka ini dapat mengubah persepsi atau pandangan mereka bahawa UMAT ISLAM itu miskin... mundur.... suka berhutang... suka meminta-minta.... dan pelbagai lagi perkara yang negatif...
Tapi INGAT.... jangan membuat perkara yang salah dan dilarang oleh ajaran ISLAM untuk KAYA... seperti riba', rasuah, menipu, menindas orang lain, berbomoh dan pelbagai lagi perkara yang salah... Kita mencari KEKAYAAN dan dalam pada masa yang sama kita juga mencari KEBERKATAN Allah s.w.t. Pertimbangkan pelbagai aspek sebelum kita memulakan langkah untuk kaya dan berjaya....
KAYA BUKANLAH MATLAMAT TETAPI JAMBATAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DUNIA DAN AKHIRAT
Ma'assalamah wa ilal liqo'
Berniaga... Menambah Keyakinan Bahawa Rezki Datang Daripada ALLAH SWT
Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...
Pernahkah kita berdoa
Pernahkah kita berdoa
"Ya Allah... Murahkanlah rezki kami dengan rezki yang halal"
Tapi kita menunggu... dan terus menunggu bila Allah nak murahkan rezki kita ni... sebab kita kerja makan gaji.... setiap bulan yang masuknya... jumlah tu jugak... tak berubah pun... malah kalau buat pinjaman... jumlahnya semakin berkurang.... dan berkurang... dan apabila dibelanjakan... selalu tak cukup.... tunggu lagi bila gaji nak masuk.... dan semakin kurang keyakinan kita tentang pemberian rezki daripada Allah s.w.t.
Seseorang yang berniaga... meletakkan 100% keyakinan mereka bahawa rezki datang daripada Allah s.w.t. kerana mereka tahu.... Allah s.w.t. yang membuka pintu hati pelanggan mereka untuk membeli produk mereka... Sesiapa yang mengamalkan Solat Dhuha pasti tahu dan yakin akan doa yang mereka baca iaitu
"Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu... waktu dhuhamu, kecantikan itu... kecantikanmu, kekuasaan itu... kekuasaanmu & perlindungan itu... perlindunganmu. Ya Allah, jika rezkiku masih di atas langit... turunkanlah & jika di dalam bumi... keluarkanlah, jika sukar... mudahkanlah, jika haram... sucikanlah, jika masih jauh... dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan & kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami apa yang engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"
Sememangnya kita tahu rezki itu datang daripada Allah s.w.t.... walau apapun yang kita lakukan sebagai punca rezki kita.... tapi kita akan lebih yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t. akan datangkan rezki kepada kita daripada pelbagai cara... yang mungkin tidak kita sangka-sangkakan pun... apabila kita BERNIAGA...
Jom BERNIAGA.... Wahai umat ISLAM...
Ma'assalamah wa ilal liqo'
Salam Pengenalan
Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak saya menulis blog saya sendiri... Dah lame rasenye nak ade blog sendiri...
Insya allah... pengisian dalam blog saya ini... akan saya pastikan... pengisian yang bermanfaat... Saya akan berkongsi dengan para pembaca blog ini langkah-langkah hebat usahawan terbilang... motivasi usahawan... peluang-peluang yang menguntungkan... serta pengalaman saya sebagai seorang usahawan...
Saya berharap... dan berdoa supaya semua pembaca blog ini akan terdorong untuk mengikut jejak langkah saya untuk menjadi seorang usahawan... sebagaimana nabi kita... Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya.... yang juga bergelar usahawan...
Saya yakin dengan menjadi usahawan... akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.... kerana kita akan lebih berkeyakinan bahawa rezki itu ditentukan oleh Dia... setelah beruasaha... kita serahkan segalanya kepada Dia untuk menentukan rezki kita...
Ma'assalamah wa ilal liqo'
Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak saya menulis blog saya sendiri... Dah lame rasenye nak ade blog sendiri...
Insya allah... pengisian dalam blog saya ini... akan saya pastikan... pengisian yang bermanfaat... Saya akan berkongsi dengan para pembaca blog ini langkah-langkah hebat usahawan terbilang... motivasi usahawan... peluang-peluang yang menguntungkan... serta pengalaman saya sebagai seorang usahawan...
Saya berharap... dan berdoa supaya semua pembaca blog ini akan terdorong untuk mengikut jejak langkah saya untuk menjadi seorang usahawan... sebagaimana nabi kita... Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya.... yang juga bergelar usahawan...
Saya yakin dengan menjadi usahawan... akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.... kerana kita akan lebih berkeyakinan bahawa rezki itu ditentukan oleh Dia... setelah beruasaha... kita serahkan segalanya kepada Dia untuk menentukan rezki kita...
Ma'assalamah wa ilal liqo'
Langgan:
Ulasan (Atom)
Anda Pengunjung Ke
Pengikut
Mengenai Saya
- Azrin Zakaria
- Kejayaan datang dari usaha yang berterusan dan dengan izin-Nya jua. Orang yang tidak pernah berputus asa berusaha pasti akan diketemukan oleh-Nya dengan kejayaan. In shaa Allah.
Blog Archive
Kaji Cuaca
Labels
- doa (1)
- gambar (4)
- motivasi usahawan (4)
- muhasabah diri (6)
- sekolahku (2)
Dikuasakan oleh Blogger.





