image

Hanya Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui...

Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... syukur atas kesempatan masa yang dikurniakan Allah s.w.t. untuk saya menulis lagi di sini. Hari ini saya ingin memperkatakan tentang persepsi atau pandangan kita tentang takdir... Salah satu Rukun Iman yang wajib kita beriman padanya adalah PERCAYA PADA QADHA' & QADAR ALLAH S.W.T.... Ini juga mensabitkan supaya kita redha dengan setiap takdir atau ketentuan yang telah Allah s.w.t. tentukan untuk kita.

Ketentuan-ketentuan tersebut termasuklah dari sudut umur... ajal maut... rezki... jodoh... dan banyak lagi lah... Semuanya memang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t.... DIA MAHA MENGETAHUI segala-galanya tentang kita dan tentang semua makhlukNya... Kita sendiri tidak mengetahui apakah ketentuan yang telah Allah s.w.t. tentukan untuk kita.... kita tak tahu berapa tahun umur kita... bila detiknya ajal maut kita.... dari sumber mana rezki kita... atau miskin kayanya hidup kita di dunia ini.... siapa jodoh kita dan bila tiba masanya kita bertemu dengannya.... semua kita tak tahu...

Persoalannya adakah kita menunggu ketentuan Allah s.w.t. itu berlaku.... dan redha begitu sahaja.... Kalau YA... Kita adalah seorang yang RUGI... Kenapa saya kata rugi? Jawapannya mudah sahaja kerana kita tak berdoa dan berusaha... Seorang yang MISKIN mengatakan bahawa sudah takdir hidupnya MISKIN... dan dia terima KEMISKINANnya  itu sehingga akhir hayatnya dengan redha... SANGAT RUGInya dia.... kerana semasa hidup di dunia.... selain KETENTUAN sebenarnya Allah s.w.t. memberi kita PILIHAN...

Seorang yang hidup MISKIN sebenarnya boleh keluar daripada KEMISKINANnya jika dia pilih untuk KAYA kerana Allah s.w.t. MAHA BERKUASA untuk mengubah apa yang telah ditakdirkanNya untuk kita... Allah s.w.t. itu MAHA MENDENGAR doa hambaNya... Allah s.w.t. juga MAHA MELIHAT apa yang dilakukan oleh hambaNya untuk mengubah dirinya... dan Allah s.w.t. itu juga MAHA PENGASIH lagi MAHA PEMURAH...

Jika kita berdoa dan tidak putus asa berikhtiar untuk menjadi KAYA.... pasti kita boleh KAYA... Tapi INGAT.... untuk apa kita KAYA?.... Jawapannya... seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini KENAPA UMAT ISLAM MESTI KAYA? Betulkanlah niat kita... Kehidupan ini adalah sementara... akhirat jua lah yang kekal abadi.... Sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Saidina Abu Bakar r.a. adalah seorang usahawan dan hartawan... tetapi beliau juga seorang dermawan... Contohilah seperti beliau... kita ingin KAYA kerana hendak mengikut jejak langkah sahabat baik Nabi.

Pada pandangan saya... menjadi KAYA juga adalah satu DAKWAH... Jika kita lihat seorang ISLAM yang kaya berpenampilan hebat... mempunyai rumah yang gah.... memiliki kenderaan yang mewah... dan berkemampuan memenuhi semua kemahuannya...  pasti secara langsung orang bukan islam akan melihat bahawa ISLAM juga hebat kerana mampu sampai ke taraf tersebut... Maka ini dapat mengubah persepsi atau pandangan mereka bahawa UMAT ISLAM itu miskin... mundur.... suka berhutang... suka meminta-minta.... dan pelbagai lagi perkara yang negatif...

Tapi INGAT.... jangan membuat perkara yang salah dan dilarang oleh ajaran ISLAM untuk KAYA... seperti riba', rasuah, menipu, menindas orang lain, berbomoh dan pelbagai lagi perkara yang salah... Kita mencari KEKAYAAN dan dalam pada masa yang sama kita juga mencari KEBERKATAN Allah s.w.t. Pertimbangkan pelbagai aspek sebelum kita memulakan langkah untuk kaya dan berjaya....

KAYA BUKANLAH MATLAMAT TETAPI JAMBATAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

Ma'assalamah wa ilal liqo'

 

0 ulasan:

Catat Ulasan