image

Berniaga... Menambah Keyakinan Bahawa Rezki Datang Daripada ALLAH SWT

Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...

Pernahkah kita berdoa

"Ya Allah... Murahkanlah rezki kami dengan rezki yang halal"

Tapi kita menunggu... dan terus menunggu bila Allah nak murahkan rezki kita ni... sebab kita kerja makan gaji.... setiap bulan yang masuknya... jumlah tu jugak... tak berubah pun... malah kalau buat pinjaman... jumlahnya semakin berkurang.... dan berkurang... dan apabila dibelanjakan... selalu tak cukup.... tunggu lagi bila gaji nak masuk.... dan semakin kurang keyakinan kita tentang pemberian rezki daripada Allah s.w.t.

Seseorang yang berniaga... meletakkan 100% keyakinan mereka bahawa rezki datang daripada Allah s.w.t. kerana mereka tahu.... Allah s.w.t. yang membuka pintu hati pelanggan mereka untuk membeli produk mereka... Sesiapa yang mengamalkan Solat Dhuha pasti tahu dan yakin akan doa yang mereka baca iaitu

"Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu... waktu dhuhamu, kecantikan itu... kecantikanmu, kekuasaan itu... kekuasaanmu & perlindungan itu... perlindunganmu. Ya Allah, jika rezkiku masih di atas langit... turunkanlah & jika di dalam bumi... keluarkanlah, jika sukar... mudahkanlah, jika haram... sucikanlah, jika masih jauh... dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan & kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami apa yang engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"


Sememangnya kita tahu rezki itu datang daripada Allah s.w.t.... walau apapun yang kita lakukan sebagai punca rezki kita.... tapi kita akan lebih yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t. akan datangkan rezki kepada kita daripada pelbagai cara... yang mungkin tidak kita sangka-sangkakan pun... apabila kita BERNIAGA...


Jom BERNIAGA.... Wahai umat ISLAM...


Ma'assalamah wa ilal liqo'
  

0 ulasan:

Catat Ulasan